Friday, August 24, 2007

Selamat Meyambut hari Kebangsaan ke 50

50th Malaysia National Day logo

Rasional Logo

Rekabentuk logo ini diilhamkan dari Jalur Gemilang sedang berkibar yang merupakan bendera kebanggaan rakyat Malaysia. Kibaran Jalur Gemilang melambangkan semangat kecintaan rakyat pada negara.
Jalur merah dan putih digayakan dalam bentuk angka lima manakala bentuk bulan dan bintang dijadikan angka kosong yang mana ia menjadikan angka 50 yang menjadi tonggak utama logo ini sempena ulang tahun kemerdekaan ke-50.
Bahagian di hujung angka 5 terus disambungkan pada stigma bunga raya yang merupakan bunga kebangsaan Malaysia. Pada stigma itu diletakan lima titik di hujungnya yang bermaksud lima prinsip Rukun Negara yang menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.
Bentuk dasar logo adalah bulat yang ‘italic/slanted’ ke kanan. Bentuk ini adalah dinamik yang memberi maksud kemajuan yang pesat yang dialami oleh negara Malaysia sejak 50 tahun mencapai kemerdekaan.
Bentuk bulat juga bermaksud rakyat Malaysia berbilang kaum yang bersatu dalam mencapai nikmat dan kemajuan sepanjang 50 tahun usia kemerdekaan.
Warna merah dan putih melambangkan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru bermaksud perpaduan yang dijalinkan oleh rakyat. Manakala kuning adalah melambangkan ketua negara, Yang di-Pertuan Agong dan juga bermaksud kegemilangan yang dikecapi semenjak 50 tahun usia kemerdekaan Malaysia.

Buat rakan2 seperjuanggg..... selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 50... huhu... maner2 kawan2 yang balik kampung... berhati2 lah yer di jalanraya...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home